Thursday, December 31, 2009

New Year 2010

New Year kali aku berada di Perak..,disbbkan assg yang perlu dibereskan.., nak kena antar next week. so, nak tak nak kena siapkan gak..., sem 2 nie..,byk tugasan. Sebagai student kenalah laksanakan juga biar pun rasa malas n berat tulang masih bersarang dalam diri..hehhe..,

New year kali nie pun sama mcm tahun2 lepas, aku tak celebrate mana pun, cuma tahun sebelum2 ni, aku berpeluang tgk bunga api yang bermacam2 bentuk..,tapi kali tak.
Aku masih ingat, masa tu aku baru balik keje dengan kawan rapat aku, malam tu merupakan malam tahun baru..,kami berjalan kaki dari one utama, sampai lah ke rumah..kalau org yang tak pernah berjalan jauh..,maunya pengsan kat tgh jalan,,,tapi kami berjalan sambil berborak dan sempat memerhatikan orang ramai berjalan menuju ke the curve,mutiara damansara untuk menyamabut tahun baru. Ramai tak terkira, tua, muda,tinggi, rendah semua keluar untuk menyaksikan bunga api.

aku dan kawan rapat aku pulak tak de la sangat beriya2 nak sgt nk sambut new year, tapi dalam hati kami berdoa semoga setiap tahun baru yang ditempuhi, sentiasa di dalam keberkatan yang Maha Berkuasa.

Apa2 pun, semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum2 nie. Perubahan yang baik dari segi memperbaiki diri, azam, impian dan usaha yang bersungguh2 untuk mencapai kejayaan.InsyaALLAH...,semoga segalanya di dalam redha Illahi..,

Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yangdiumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Hakikat inilah perludirenungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.
Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud) Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab :” Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain. Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati.
Sumber : Syok.portal

Tuesday, December 15, 2009

cinta, hati ,perasaan....


cinta suatu yang sememangnya semula jadi dalam diri manusia..,fitrah yang telah dianugerahkan oleh Maha Pencipta. Bermacam2 jenis cinta..,tetapi cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH SWT..,cinta kepada Yang Maha Esa. Cinta kepada Rasul, Cinta pada Emak dan Ayah yang telah byk berkorban dan membesarkan kita.,Cinta pada sahabat..,yang sentiasa memberi semangat dikala kita memerlukan..,cinta suami pada isterinya..,cinta isteri pada suaminya.


Tanpa cinta..,tidak la kita kenal erti berkasih sayang..,


Sunday, December 13, 2009

sakit kepala


em...tetiba aku tersedar dari tidur, terasa berat kepala nie. Dalam tido disiang hari..sempat pula aku bermimpi disiang hari. Tapi bila aku tersedar...aku betul2 tak ingat apa yang aku mimpikan. Bak kata-kata yang sering kali dikaitankan dengan mimpi..,mimpi tu hanya mainan tido. hanya mimpi dari ALLAH SWT, mimpi bagi sesuatu kebenaran.


Macam2 yang aku pikir dalm kotak pikiran ku nie..,sampai kan aku terasa, aku sendiri tak tahu apa yang aku pikirkan sebenarnya..,kadang-kala, fikiran aku buntu..., hendak memulakan kan kerja pun..aku ketandusan idea..,Ya ALLAH berikan lah aku semangat dan kekuatan..,sesungguhnya aku hamba mu yang lemah..amin.